Saturday, January 29, 2011

Berkata Ibu

Ibu pernah berkata :

" Asyraf, kamu tu dah besar. Jangan nakal2 lagi. Belajar rajin2, nanti siapa lagi nak jaga mama? Abah dah lama tak ada. Kita ni keluarga hidup susah,mama kena kerja seorang tak ada abah nak bagi kamu semua adik-beradik makan. Belajar tinggi2,biar sampai Ph.D pun tak apa. Belajar agama pun jgn tinggal. Kamu tu pernah sekolah agama,jgn buat mama malu tau? Kamu semua pun anak yatim. Orang selalu ckp anak yatim ni lagi nakal sbb tak ada abah nak jaga. Ingat,tiap kali lepas solat doa utk mama dan abah. Nanti mama dah tak ada terus doakan mama. Mama takut sorang2 dlm kubur. Jaga adik2 kamu baik2,jgn asyik nak gaduh je. Belajar mengalah dgn adik2,jgn garang sgt. Dah besar nanti,jaga mama tau ! Jgn tinggal mama sorang2. Kita tak ada abah.. "

Oh,hati saya terasa rupanya.
Hati awak , rasa ?

Sunday, January 23, 2011

Salahkah aku memuji ?

Kita selalu mendengar pepatah Melayu :
" Tak kenal, maka tak cinta . "

" Allah, tidak ada Tuhan selain Dia, Yang Maha Hidup, Yang Terus-Menerus Menguruskan makhluk-Nya, Yang Tidak Mengantuk dan Tidak Tidur. Milik-Nya apa yang ada di bumi. Tidak ada yang dapat memberikan syafaat di sisi-Nya tanpa izin-Nya. Dia Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka ( hamba-hamba-Nya ) dan mereka tidak mengetahui sesuatu apa pun tentang ilmu-Nya melainkan apa yang Dia kehendaki. Kursi-Nya meliputi langit dan bumi. Dan Dia tidak merasa berat memelihara kedua-duanya, dan Dia itu Maha Tinggi lagi Maha Besar. " (al-Baqarah,255)

Jangan sampai meragukan kamu, terhadap janji Allah, kerana tidak terlaksananya apa yang telah dijanjikan itu, meskipun telah tertentu (tiba) masanya, supaya tidak menyalahi pandangan mata hatimu, atau memadamkan Nur cahaya hatimu (sirr) . -al-Hikam, Syeikh Ibnu Atho'illah


Ingat
Mata tak menipu lidah
Lidah tak menipu bicara
Bicara tak menipu HATI .

Masih ada persoalan ?

Tuesday, January 18, 2011

Resah Gelisah? Tukarlah.

Pernah satu ketika dahulu seorang lelaki bertemu dgn sahabat Rasulullah bernama Abdullah ibnu Mas'ud. Lelaki itu bertanya cara-cara menghindar kegelisahan hati.

Abdullah ibnu Mas'ud pun berkata :

" Bawalah hatimu mengunjungi tiga tempat. Pertama ke tempat orang yg membaca al-Quran tidak kira sama ada kamu ikut membacanya ataupun kamu sekadar mendengar bacaan orang lain. Kedua, kamu menghadiri majlis ilmu yang mengingatkan kamu kepada Allah. Ketiga, kamu mencari satu waktu yang sunyi, contohnya pada waktu malam dan ketika itu kamu bangun melaksanakan ibadat kepada Allah serta memohon kepada-Nya agar diberikan ketenangan dan kedamaian hati. Jika selepas melakukan kesemua itu jiwamu masih tidak tenteram, mintalah kepada Allah agar digantikan hatimu dgn hati yg lain krn sesungguhnya hati yang kamu miliki sekarang ini BUKAN HATIMU. "

Tukar HATI ?

Wednesday, January 12, 2011

Kata Dalam Selimut

Banyak kata-kata yang berhujahkan akal.
Kelirukah?
Resah?
Mengapa tak terdampar luas jalan ini?
Kenapa tak wujud persoalan ini hari esok?

Wahai tuan puan yang mulia..
Jangan menghukum manusia sufi dengan rendah hatinya.
Jangan menghukum kotak ibadah yang diselimuti kain.
Jangan menghukum pemegang HAQ walau dia hamba.

Manis teh bukan kerana warnanya
Manis teh kerana gula , YANG TELAH LARUT.

* Hassan al-Banna ada berkata :
Diantara manusia ramai yang tidur nyenyak
Ada juga yang tidak tidur, tapi tak mampu memadam api yang menyala.

Saturday, January 1, 2011

Semalam, Untuk Hari ini

Kisah bermula tali silaturrahim ..

Ketika itu di Iskandaria,Mesir. Sedang menunggu seseorang. Lalu ada dua orang datang, yang sudah mempunyai janji dengan salah seorang teman. Saya sambut kedatangan mereka dengan menyebut nama-nama mereka. Tatkala teman yang mereka tunggu itu datang, mereka berkata kepadanya, "Kami tidak mengenal beliau sebelum ini, tetapi bagaimana ia mengenal nama kami?" Kemudian saya diajak duduk bersama. Lalu saya berkata kepada keduanya, "Bukankah kalian berdua setiap pagi naik keretapi dari stesyen Rashafah?" Keduanya menjawab, "Ya!" Saya berkata, "Saya setiap pagi juga menaiki keretapi yang sama." Mereka berkata, "Akan tetapi kami tidak melihat anda bersama kami." Saya menjawab, "Kerana saya memakai seragam militer."


Keduanya teringat dan tersenyum lalu berkata, "Bagaimana anda mengetahui nama kami?" Saya pun menjawab, "Saya mendengar salah seorang diantara kalian berkata, 'Selamat pagi, Muhammad!' Lalu yang satunya menjawab, 'Selamat pagi, Ahmad!'" Keduanya berkata, "Untuk apa kamu menghafal nama kami?" Saya menjawab, "Jawapannya adalah untuk yang terjadi hari ini."

Tabiat da'wah kita adalah dengan saling mengenal, dan yakin bahawa pada suatu saat dakwah kita akan menghimpun insan-insan yang berjiwa baik dan berkeperibadian mulia.  Kejadian diatas sangat memberkas hati keduanya.

*Nak tahu? Imam Hassan al-Banna seorang dai'e yang gemar menghafal nama.