Tuesday, January 18, 2011

Resah Gelisah? Tukarlah.

Pernah satu ketika dahulu seorang lelaki bertemu dgn sahabat Rasulullah bernama Abdullah ibnu Mas'ud. Lelaki itu bertanya cara-cara menghindar kegelisahan hati.

Abdullah ibnu Mas'ud pun berkata :

" Bawalah hatimu mengunjungi tiga tempat. Pertama ke tempat orang yg membaca al-Quran tidak kira sama ada kamu ikut membacanya ataupun kamu sekadar mendengar bacaan orang lain. Kedua, kamu menghadiri majlis ilmu yang mengingatkan kamu kepada Allah. Ketiga, kamu mencari satu waktu yang sunyi, contohnya pada waktu malam dan ketika itu kamu bangun melaksanakan ibadat kepada Allah serta memohon kepada-Nya agar diberikan ketenangan dan kedamaian hati. Jika selepas melakukan kesemua itu jiwamu masih tidak tenteram, mintalah kepada Allah agar digantikan hatimu dgn hati yg lain krn sesungguhnya hati yang kamu miliki sekarang ini BUKAN HATIMU. "

Tukar HATI ?

1 comment:

  1. ..sungguh menyentuh hati..

    dalam ketiga2 cara tu, yang ketiga la paling susah ek, tpi x pe..nati ustaz bangun, kejut la ana sekali ea..

    Salam Perikatan..

    ReplyDelete